Kenapa perlu Menyimpan dan Berjimat Cermat ?
Diantara faktornya,
Menyimpan adalah untuk dijadikan dana kecemasan.
Berjimat cermat pula adalah untuk mendidik sikap dan disiplin diri untuk persediaan menghadapi darurat.
KENAPA PERLU MENYIMPAN ?
Saya berikan satu analogi dan perumpamaan,
Selama ini air di rumah anda ok saja. Tiba-tiba berlaku darurat, air yang anda biasa guna tiba-tiba tiada.
Apa yang dapat anda lakukan ?
Jika anda sudah sediakan tangki air sebagai air simpanan iaitu kegunaan air ketika darurat, maka anda tidak perlu huru hara. Guna saja air dalam tangki tersebut.
Tapi, bagaimana jika tiada tangki ?
Tambahan pula air tiada di awal pagi ketika anda perlu bersiap-siap untuk ke tempat kerja ?
Begitulah perumpamaannya betapa pentingnya 'Simpanan'.
MENGAPA PERLU BERJIMAT CERMAT ?
Berjimat cermat sebenarnya adalah tentang 'disiplin' untuk mendidik sikap supaya tidak boros dan membazir.
Sebagai contohnya,
Rumah kita tiada air, tapi kita sudah siap sediakan tangki air untuk kegunaan ketika darurat.
Ketika darurat tadi kita masih dalam fasa selamat kerana kita sudah buat persediaan tangki air sebagai 'air simpanan'.
Tapi, tiba-tiba ketiadaan air makan masa hampir sebulan sedangkan tangki air kita boleh tampung kegunaan dalam tempoh 40 hari sahaja (sebagai contohnya).
Menjadi isu disini adalah, ketiadaan air hampir sebulan sedangkan air yang tinggal cuma air simpanan dalam tangki sahaja.
Maknanya, fasa selamat tadi sudah menjadi fasa risiko pula.
Jadi, apa tindakan yang perlu dilakukan ?
Iaitulah perlu 'berjimat cermat' sambil cari air tambahan untuk tampung semula air simpanan.
Kalau sebelum ini sehari mandi 6 kali, mungkin kali ini perlu mandi sehari 3 atau 2 kali sehari, sebab bimbang air simpanan akan habis licin.
KESIMPULAN
Konklusinya, begitulah perumpamaannya kenapa betapa pentingnya membuat simpanan dan perlu berjimat cermat.
Cukuplah kita belajar daripada 'tangki air' tadi sebagai pelajaran.
Berjimat cermat pula adalah tentang sikap. Seperti analogi tadi, ketika dirumah ada air seperti biasa kita perlu berjimat cermat (tidak boros & membazir) apatah lagi ketika darurat.
Kalau dalam situasi biasa pun kita tidak mampu berjimat cermat, bimbang kita tidak mampu bersedia untuk menghadapi darurat.
Mudah kata, simpanan adalah kegunaan ketika kecemasan. Berjimat cermat pula adalah supaya kita tetap bersedia untuk menghadapi situasi darurat.
Educator-Gold Saver

Ulasan