DEALER PUBLIC GOLD DIBAWAH NETWORK G100
Berniaga emas sebagai dealer Public Gold especially dibawah network terbesar di Public Gold iaitu network G100, kami tak penat nak ajar dan fahamkan orang tentang turun naik harga emas, tengok chart dan sebagainya.
Fokus kami cuma dua,
#1. Simpanan
#2. Matlamat dalam menyimpan
#1. SIMPANAN
Emas mempunyai emosi dan magnet MENYIMPAN berbanding duit kertas. Dek kerana itu, simpan emas boleh merawat dua 'penyakit' dan masalah penting untuk kukuhkan kewangan individu iaitu,
Ⅰ. Boros Berbelanja dan,
Ⅱ. Simpanan Selalu Bocor.
Mudah kata, nak buat simpanan tapi 'SIMPANAN SELALU BOCOR' kerana 'BOROS BERBELANJA'.
Jadi penyelesaiannya adalah MENYIMPAN EMAS.
Kerana,
Emas : Emosi Menyimpan
Duit : Emosi Berbelanja
#2. MATLAMAT DALAM MENYIMPAN
Sifat manusia sukakan 'kebendaan', tambahan pula jika kebendaan tersebut boleh di guna pakai. Ini realiti.
Jadi, beli emas bukan sekadar simpan sahaja. Tidak !
Simpan emas mestilah mempunyai matlamat untuk jangka sederhana (2-5 tahun) dan panjang (5 tahun ke atas).
Saya bagi contoh,
Manusia suka kalau ada rumah sendiri (bukan menyewa).
Jadi, dengan matlamat menyimpan emas. Kita boleh target untuk membeli rumah dalam tempoh yang lebih cepat.
Beli, simpan dan kumpul emas pelaburan (24 karat) sehingga 96 gram, kemudian jadikan deposit beli rumah.
Jika anda mahu kembangkan lagi manfaat emas untuk rumah.
Sewakan rumah tersebut, kemudian beli dan kumpul lagi emas dan beli lagi rumah.
Kumpul 96gram emas > deposit beli rumah > sewa rumah > kumpul 96gram emas > deposit beli rumah > sewa rumah
Begitulah seterusnya.
KENAPA EMAS? BUKAN KE SAMA JE KALAU SIMPAN DUIT?
Jawapannya, caranya macam sama cuma ada beberapa perkara yang berbeza.
Masalah yang sering berlaku kepada sesetengah orang adalah, simpan duit, simpanannya selalu bocor. Jika simpan emas, simpanannya selalu bertambah.
Emas sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang. Matlamat simpan emas mestilah untuk membeli sesuatu 'kebendaan' tersebut dalam tempoh 2 tahun ke atas.
Bagi memiliki kebendaan dalam tempoh 2 tahun ke atas, kebendaan tersebut harganya akan meningkat, hal ini adalah kerana berlakunya Inflasi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik negara.
Inflasi ini bak singa membaham mangsa dalam diam-diam.
Jadi, meningkatnya kebendaan tersebut seiring dengan kenaikan harga emas.
Dek kerana itu simpan emas lebih beruntung berbanding simpan duit.
Simpan duit cukup sekadar kegunaaan kecemasan dan perbelanjaan segera sahaja.
Educator - Gold Saver


Ulasan