DAPAT GAJI, JADIKAN PENDAPATAN PASIF
Setiap kali dapat gaji, segera asingkan 10% daripada gaji kepada dua,
1. Simpanan,
2. Labur.
Buat simpanan dalam bentuk cash 3-6 bulan pendapatan.
Setelah cukup simpanan dalam bentuk cash minimum 3 bulan pendapatan, kemudian slow-slow pula melabur pada aset yang boleh dijadikan pendapatan pasif sebagai dana pencen agar kita tidak menjadi seperti 'hamster' yang berlari pada tempat yang sama sehingga ke tua.
Aset tersebut saya boleh sarankan dua jika anda berpendapatan rendah,
1. Beli dan kumpul emas sehingga 96gram,
2. Cukup 96gram, jadikan deposit beli rumah.
Kemudian sewakan rumah tersebut. Hasil sewaan itu, beli dan kumpul lagi emas. Kemudian beli lagi rumah.
Begitulah seterusnya sehingga anda boleh target berapa jumlah pendapatan pasif yang anda mahu hasil dari sewaan.
Jika rumah yang anda beli adalah kawasan yang stratergik dengan pelancongan, anda boleh buat homestay.
Kenapa emas ?
Alasan saya cuma dua,
1. Kerana emas juga adalah aset
2. Kerana emas boleh dimiliki dengan bajet serendah suku gram. Di Public Gold, suku gram kita boleh memiliki dengan serendah Rm100 sahaja.
Baca juga :
Mudah kata, emas serendah suku gram ni sangat sesuai kepada mereka berpendapatan rendah. Jika masih pelajar pun dah boleh beli dan simpan aset emas ni.
Educator-Gold Saver


Ulasan