WhatsApp Ikuti Info Terkini

BELI EMAS UNTUK APA ?


ADAKAH BELI EMAS SEKADAR DISIMPAN ? TIDAK !


ADAKAH BELI EMAS, JUAL KETIKA UNTUNG SAHAJA ? PUN TIDAK!


Jadi beli emas untuk apa ?


2 alasan kenapa beli emas, boleh semak 2 alasan ini.


#1. Beli Emas Untuk Mengukuhkan Tabung Simpanan


Fungsi utama membeli emas adalah bukan tunggu beli ketika harga rendah serendah-rendahnya. Tidak !


Fungsi paling utama dan terutama membeli emas adalah supaya tidak boros berbelanja.


Kata guru emas saya, ''apabila duit ditangan, duit habis dulu. Jika ditukar segera pada emas, duit tak habis. Simpanan kita dapat diselamatkan''


Katanya lagi, ''Beli emas bukan habiskan duit, beli emas maksudnya simpan duit. Cuma dalam bentuk yang 'NILAINYA' lebih kukuh berbanding duit''


Seperti pepatah ada berbunyi, ''jika ada duit, belum tentu ada emas. Jika ada emas, sudah tentu berduit''.


Jadi, apabila duit sudah bertukar kepada emas. Maka kita akan teragak-agak menjual emas untuk ditukarkan kepada tunai jika mahu beli beg tangan semata-mata (sekadar contoh).


Oleh itu, simpanan kita tetap kekal dalam bentuk emas.


#2. Menyimpan Emas Untuk Capai Matlamat


Seseorang yang membeli emas dengan pengetahuan, dia mempunyai matlamat dalam simpanan emas.


Adakah sekadar simpan dan berbangga dengan emas yang banyak? Tidak ! Ini perangai qarun.


Sebagai muslim, kunci utama menyimpan emas adalah untuk menunaikan salah satu dari rukun Islam iaitu mengeluarkan zakat.


Harta berkat dan suci,

Penerima zakat pun gembira dan dapat mengeratkan lagi silaturahim.


Dalam matlamat yang lain pula.


Beli, simpan dan kumpul emas untuk dapatkan sesuatu yang lebih berharga yang kita perlu memilikinya dalam tempoh 2 tahun dan ke atas.


Sebagai contohnya, kumpul 96gram emas kemudian dijadikan deposit beli rumah atau beli tanah dengan tunai.


Begitu jugalah menyimpan emas untuk matlamat yang lain untuk kita dapatkannya dalam tempoh 2 tahun ke atas. 


Seperti dijadikan tabung nikah, tabung pendidikan anak, tabung umrah, tabung pencen dan sebagainya mengikut target dan matlamat masing-masing dalam simpanan emas.


KESIMPULAN


Pertama,

Penyimpan emas berpengetahuan, dia tidak menunggu membeli emas ketika harga turun dengan rendah serendahnya. 


Jika ditunggu harga rendah, bimbang duit habis dulu. 


Jadi, jika target simpan emas 10% daripada pendapatan. Pejam mata dan alihkan segera kepada emas sebelum terlanjur kepada boros berbelanja.


Kedua,

Penyimpan emas bermatlamat, dia tidak akan jual emasnya jika harga emas naik melonjak. Dia akan jual emasnya apabila target simpanan emasnya sudah capai matlamat.


Jika harga emas naik melonjak sekalipun, tapi simpanan emas cuma ada 5gram. Berapa je untungnya.


Rugi masa dan bazir emosi.



Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator-Gold Saver


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular