WhatsApp Ikuti Info Terkini

Apa kelebihan jadikan emas dinar sebagai mas kahwin atau hantaran ? .


Saya nak sebutkan 6 manfaat selepas anda bernikah jika anda jadikan emas dinar sebagai mas kahwin atau hantaran,


1. Lahir anak pertama, anda boleh buat akikah segera. Seekor kambing, harganya sekitar 1dinar sahaja.


Jika lahir anak perempuan, jual 1dinar dan beli seekor kambing.


Jika anak lelaki, jual 2 dinar dan beli dua ekor kambing.


2. Sambung tambahkan lagi gram emas. Kumpul sehingga 96gram, kemudian jadikan deposit beli rumah pertama.


Jika anda simpan emas melalui akaun emas GAP di Public Gold, anda boleh jadikan pengukuh untuk permohonan pinjaman di bank.


Apabila bank melihat bukti kita konsisten menyimpan emas, bank akan lebih yakin bahawa kita juga mampu konsisten dalam membayar balik pinjaman bank.


Atau beli tanah dengan bayaran tunai seperti contoh testimoni penyimpan emas oleh Cikgu Syahrul ini.


3. Apabila lahir anak, kumpul sehingga 216gram emas. Apabila anak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi nanti, anak tak perlu buat pinjaman hutang, jual je semua emas tu kemudian jadikan duit hasil jual emas tadi untuk taja pembelajaran anak.


4. Sambung tambah gram emas, kumpul sehingga 48gram untuk dijadikan dana kecemasan nanti.


5. Kalau anda berhajat tunaikan umrah atau haji, anda boleh kumpul gram emas sehingga 48gram.


6. Tak kan kita nak kerja sampai ke tua kan. Dah tua nanti mesti nak bersara juga. Jadi, target dan konsisten kumpul emas sehingga 360gram untuk dijadikan tabung pencen.


Baca juga :



Wan Hasbullah az-Zahabi 
Educator - Gold Saver


Sentuh Gambar

Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular