WhatsApp Ikuti Info Terkini

Kenapa Saya Perlu Beli Emas? : Dua Faktor dan Satu Kelebihan

 


Saya mendapat pertanyaan dari seorang prospek bertanyakan, "Kenapa Perlu Beli Emas?"


Bagus pertanyaan ini. Seperti kita semua sedia maklum. Wujudnya perniagaan apabila wujudnya masalah, maka dengan wujudnya perniagaan adalah untuk menyelesaikan masalah. 

Sebelum kita pergi lebih lanjut, suka untuk saya maklumkan, saya bukanlah penjual emas, saya cuma ajar orang membuat simpanan melalui emas. Perniagaan yang saya jalankan adalah perniagaan servis pemudah cara untuk orang simpan emas.

SIAPA YANG MENJUAL EMAS ?


Penjual emas adalah syarikat Public Gold. Saya hanyalah pemudah cara untuk servis orang untuk simpan emas melalui Public Gold sahaja. Dek kerana itu, anda tidak perlu bayar lebih walaupun satu sen untuk beli emas melalui servis saya. Public Gold yang akan beri royalti kepada saya.


KENAPA PERLU BELI EMAS ?


Kenapa perlu beli emas sebagaimana pertanyaan di atas?

Jawapan yang ingin saya huraikan adalah 2 Faktor (Penyimpan Nilai - kalis inflasi dan Penawar Kepada Simpanan - kalis boros) &  1 Kelebihan.

2 FAKTOR 


#FAKTOR PERTAMA : PENYIMPAN NILAI (KALIS INFLASI)

Emas adalah penyimpan nilai (kalis Inflasi) daripada dirompak oleh INFLASI akibat ketidakstabilan ekonomi & politik negara.

Tuan Azizi Ali iaitu Pakar Kewangan Malaysia pernah menyebut, ''EMAS adalah satu-satunya aset kewangan yang berdiri dengan sendiri''.


Maksudnya, kekuatan EMAS terletak pada,

1. Berat dan 
2. Ketulenannya. 



Perbezaan harga emas itu salah satunya hanyalah kerana nilai duit yang jatuh. Cukuplah teori 1 dinar dapat beli seekor kambing pada zaman nabi s.a.w  (1400 tahun yang lalu), hari ini seekor kambing tetap dapat beli dengan nilaian 1 dinar.

___

Tonton : 1 Dinar Dengan Seekor Kambing? Relevankah?


#FAKTOR KEDUA : PENAWAR KEPADA SIMPANAN (KALIS BOROS)


Emas mempunyai emosi dan magnet MENYIMPAN berbanding duit kertas. Dek kerana itu, simpan emas boleh merawat dua penyakit ini iaitu,


Ⅰ. Boros Berbelanja dan,
Ⅱ. Simpanan Selalu Bocor.

Mudah kata, nak buat simpanan tetapi SIMPANAN SELALU BOCOR kerana BOROS BERBELANJA. Dek kerana itu, PENAWAR kepada PENYAKIT ini adalah BELI EMAS.



Penyakit : Boros Berbelanja & Simpanan Selalu Bocor,
Penawar : Beli Emas dan jadikan sebagai simpanan yang dilupakan (Forgotten Saving)

Penyakit ini adalah salah satu daripada penyakit manusia yang emosi manusia tewas pada nombor. Apabila melihat jumlah yang banyak, ada saja akalannya. 



1  KELEBIHAN : BONUS


Kelebihan ini adalah bonus bagi siapa yang membeli emas. Siapa yang membeli emas dan peram (simpan) dalam tempoh minimum 2 tahun ke atas dengan jangkaan kadar spread valuenya 10% ke bawah, maka pembeli emas akan menikmati dan mendapat bonus dengan emas tersebut. 


BONUS MINIMUM 2 TAHUN BUKAN UNTUK SEMUA JENIS EMAS 


Bonus ini (minimum 2 tahun) bukanlah tertakluk pada semua jenis emas dan setiap syarikat atau kedai yang menjual emas. Tidak! Ia khusus kepada syarikat atau kedai emas yang spread valuenya 10% dan ke bawah.

___
Tonton : Apa itu Spread Value & Cara Perkiraanya


Bonus ini adalah ROI : Return On Investment iaitu keuntungan daripada modal yang dilaburkan.

Emas dalam jangka pendek, ada masa turun dan naik. Kata Guru Emas saya, "Turun naik harga emas dalam jangka pendek hanyalah persoalan masa sahaja. Dalam jangka panjang, konfiden dan konfemnya adalah akan naik".

Purata Kenaikan Harga Emas Dalam Tempoh 20 Tahun (Jangka Panjang)



Pada tahun sekitar 2000, harga emas 1gram adalah sekitar Rm35 sahaja. Ketika itu orang kata 1gram mahal sedangkan hari ini orang kata murah.

Pada hari ini, 1gram bersamaan Rm2 ratus lebih. Ini pun orang kata mahal. 

Berapakah 1gram di masa akan datang? 

Pasti ketika itu orang akan kata harga emas 1gram hari ini lebih murah BERBANDING 1gram pada hari itu. 

Emas memang tetap mahal selama-lamanya kerana nilai dan ketulenannya.

Maknanya, emas untuk jangka panjang konfiden dan konfemnya akan naik dan meningkat. Hal ini bermakna, siapa yang membeli dan peram (simpan) emas itu untuk tempoh 2 tahun ke atas, dia akan menikmati bonus ini melalui kenaikan harga emas. 

Inilah keberuntungan bagi siapa yang MEMBELI EMAS.

KESIMPULAN


Oleh itu, inilah alasannya kenapa perlu beli emas. Dari huraian di atas, sebenarnya boleh sahaja simpan duit. Ada orang boleh disiplin dengan menyimpan duit, makna kata, soal boros berbelanja baginya tiada masalah. Jika dia mahu keuntungan sekalipun daripada simpanannya, dia boleh saja simpan di mana-mana bank dengan mendapatkan dividen. 

Tapi ada satu alasan yang kukuh dan ketara kenapa kita perlu simpan emas iaitulah jika kita simpan duit untuk tempoh jangka panjang, duit kita akan dirompak tanpa kita sedari iaitulah INFLASI.

Bak kata Pakar Kewangan Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali dalam bukunya, 'Jutawan Dari Planet Jupiter', "INFLASI seperti singa membaham mangsa"

Dek kerana INFLASI inilah alasan kenapa saya mengajar dan mengajak orang lain untuk beli dan simpan emas


Wan Hasbullah 
Pembimbing Penyimpan Emas Public Gold

Ulasan

Popular