WhatsApp Ikuti Info Terkini

2 Jenis Penyimpan Emas yang Bermatlamat




1. Belian Konsisten
2. Harga Turun

#1. BELIAN KONSISTEN


Penyimpan emas yang bermatlamat adalah penyimpan emas yang mempunyai "target" dalam simpanannya.

Sebagai contoh,

Pak Ali mempunyai matlamat untuk beli rumah pertama dalam tempoh 4 tahun lagi.

Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh Pak Ali ?

Mengikut perkiraan daripada pakar emas, kita perlu adakan simpanan emas paling kurang 96 gram untuk dijadikan deposit beli rumah dalam tempoh 4 tahun.



Oleh itu, di atas cadangan dan nasihat itu, Pak Ali meletakkan "target" 2gram 1bulan untuk dapatkan 96 gram dalam tempoh 4 tahun. 

Makna kata, Pak Ali perlu membuat simpanan yang dilupakan secara konsisten setiap bulan paling kurang 2gram 1bulan dalam tempoh 4 tahun untuk mencukupkan 96gram emas.

2 gram (1 bulan) × 4 tahun (48 bulan) = 96gram

#2. Harga Turun


Dalam tempoh 48 bulan itu, ada beberapa kali harga emas turun. Dek kerana harga emas turun menjadikan "peluang" kepada Pak Ali untuk menambahkan lagi gram emas. 

Mudah kata, harga emas turun adalah "peluang" untuk membeli aset yang bernilai tinggi dengan harga murah/rendah.

Pada asalnya Pak Ali perlu target 96gram dalam tempoh 48 bulan (4 tahun), oleh kerana harga emas turun berkali-kali dalam tempoh 48 bulan tersebut menjadikan target Pak Ali lebih cepat. Sepatutnya 96gram adalah 48 bulan (4 tahun) menjadi singkat kepada 36 bulan (3 tahun).


BAGAIMANA MAHU CAPAI TARGET JUMLAH YANG BESAR KALAU TIDAK MAMPU (PENDAPATAN RENDAH) ?


Dua cara mengatasi pertanyaan ini,

1) Tambah Pendapatan,

Cari peluang pendapatan lain sebagai pendapatan sampingan samada berniaga sambilan melalui online atau buat kerja ambil upah seperti mesin rumput, jadi rider dan seumpamanya.

2) Tetap Konsisten

Jika pendapatan rendah tapi tetap konsisten walaupun dengan jumlah yang kecil (seperti suku atau setengah gram), itu adalah lebih baik.

Kerana, 

Sikit tapi konsisten itu lebih baik daripada langsung tidak bertindak.

Jika sikit tapi konsisten, hasilnya juga tetap berbukit berbanding jika tidak bertindak langsung? Fikir-fikirkan.

Belian konsisten seperti suku atau setengah gram itu nampaknya sikit, tapi jika dibuat dengan konsisten akan kelihatan banyak.

Bak pepatah berbunyi, 
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".

Sifat manusia itu kebiasaanya tamak. Dari sudut psikologi, apabila jumlah dilihat dengan sedikit, emosinya sedih.

Tapi, kalau dia lupakan dan tetap konsisten, yang sedikit akan berbukit.

Dek kerana itu, jadikan simpanan emas sebagai forgotten saving (simpanan yang dilupakan) supaya minda tidak terganggu oleh emosi.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator - Gold Saver



Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular