Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Zakat Emas Simpanan




Zakat emas ada dikategorikan الحلي iaitu emas perhiasan wanita. Satu lagi غير الحلي iaitu emas bukan perhiasan.


Saya nak share tentang zakat emas غير الحلي.


ZAKAT EMAS غير الحلي


Zakat emas bukan perhiasan ialah emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.


Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.


Jadi, poin syarat wajib zakat EMAS ini ialah dua iaitu,


1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun (360 hari)


Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tidak dikenakan zakat.


CONTOH 3 SITUASI


Saya berikan contoh 3 situasi :-


Situasi 1:

Zaid membeli 50 gram EMAS. Genap setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Tidak, kerana kurang dari 85 gram.


Baca juga : Simpan Emas dengan Mudah, Murah dan paling penting adalah Patuh Syariah



Situasi 2:

Umar beli 100 gram EMAS. Kurang dari setahun, harga EMAS naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?

Jawapan: Tidak, kerana kurang dari setahun.


Situasi 3:

Ahmad beli 1,000 gram EMAS dan cukup setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib.



Wallahu'Alam

Ulasan

Popular