WhatsApp Ikuti Info Terkini

Tips Ringkas Bagi Pelabur Emas

 



Minda Pelabur Emas (Gold Investor) ialah fokus pada 'perkembangan RM, bukan pada pertambahan GRAM.'


Gram emas hanyalah alat untuk kembangkan RM sahaja.


Iaitu beli emas ketika harga rendah, dan jual ketika harga tinggi (mengambil untung).


SEBELUM BERMULA


Pesan guru emas saya, 

Jumlah minimum yang 'layak' dianggap sebagai pelaburan ialah 'gold bar 100gram'.


100gram gold bar 

Jika pelabur emas bermula dengan 1gram atau 1dinar, itu bukan melabur. Itu membazir emosi dan membuang masa sahaja. Jika harga emas mencanak naik sekalipun, berapa sahaja keuntungan yang kita dapat. Tidak berbaloi dengan emosi dan masa yang kita tunggu.


KENAPA 100GRAM ?


Alasannya adalah,


1. Mempunyai spread yang nipis. Apabila berlaku kenaikan harga emas, kita dapat menikmati keuntungan lebih cepat.


2. Keuntungan yang dilihat berbaloi. Jika harga emas naik 5% (melebihi kadar spread), keuntungan yang diperolehi berbaloi dengan emosi dan masa yang ditunggu.


KAEDAH MELABUR EMAS


Harga emas dibawah adalah sekadar contoh, bukan harga sebenar pada waktu sekarang.


Pusingan Pertama,

Katakanlah, 

1. Jika belian pertama 100gram ialah Rm27,000 (contoh harga 100gram). 

2. Apabila harga emas 100gram itu meningkat kepada Rm30,000, 

3. Jual kesemua emas tersebut dan keluarkan keuntungan Rm3,000 (Rm30,000 - Rm27,000).


Pusingan Kedua,

Biasanya modal pusingan pertama dah tak sama dengan nilai 100gram kerana kenaikan harga tadi.


Jadi, mula semula dengan modal pertama tadi (Rm27,000). Tak kesah berapa gram yang kita dapat dengan Rm27,000. Beli sahaja. Yang penting, untung Rm3,000 dah ada dalam tangan kita.


WAKTU TERBAIK BELI PADA PUSINGAN KEDUA


Secara asasnya, pelabur emas membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Oleh itu, untuk mengenal pasti paras harga emas, anda dicadangkan agar menghadiri kelas Analisis Teknikal Harga Emas. 


Ilmu ini agak teknikal dan perlu praktikal. Jadi, anda perlu mencari guru yang betul-betul pandai, mahir dan pakar dalam ilmu ini.


Peserta akan diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu-satu masa.


Ilmu itu membantu pelabur membuat 'ramalan' pergerakkan harga emas dunia. Pelabur akan belajar tentang 'apa itu harga support atau harga lantai'.


Mudah kata, 

Ⅰ. Bila waktu sesuai untuk beli (yang dikatakan harga rendah) dan 

Ⅱ. Bila waktu tepat untuk jual (yang dikatakan harga tinggi).


Tanpa belajar ilmu itu, pelabur akan keliru. Dia keliru dengan, 'bilakah sepatutnya membeli dan bila pula sepatutnya menjual'.


Akibatnya dia sering susah hati. Harga naik susah hati, harga turun pun susah hati. Ye, sama seperti si 'PENJUDI'. Sentiasa susah hati.



KESIMPULAN


Sebelum meletakkan posisi sebagai pelabur emas. 4 nasihat ringkas iaitu,


1. Cukupkan dana kecemasan berjumlah enam bulan pendapatan dalam bentuk cash,

2. Jika masih belum ada dana kecemasan, jadikan emas sebagai simpanan dahulu,

3. Belajar dan fahamkan ilmu Analisis Teknikal Harga Emas,

4. Jika mahu bermula tapi tiada bajet untuk 100gram, mula dengan bajet rendah seperti 10gram untuk dapatkan gambaran.


Pesan guru emas saya,

 ''Jangan mulakan sebelum dapatkan ilmu asas, dan jangan tunggu betul-betul pandai baru memulakan belian. 


Belian pertama itu anggaplah sebagai proses pembelajaran. Selepas belian pertama, proses pembelajaran akan jadi lebih cepat berbanding mereka yang belum bermula''.


Ye, yang penting ialah tindakan !


Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas


 Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular