WhatsApp Ikuti Info Terkini

Tindakan Sewajarnya Mengelak Dari Inflasi

 


Pakar-pakar dalam kewangan menyarankan. Jika mahu kukuhkan kewangan, maka anda perlu MENYIMPAN.


Asas dalam kewangan adalah simpanan. Kewangan individu itu menjadi kukuh apabila ia mempunyai simpanan.


BERAPA JUMLAH SIMPANAN YANG PERLU ADA ?


Jumlah minimum dalam simpanan adalah 3 bulan pendapatan. Lebih baik lagi ialah 6 bulan pendapatan. Jika anda mahu berhenti kerja dan mula berniaga, pesan guru kewangan saya, anda perlu buat simpanan setahun pendapatan.


CONTOHNYA...


Jika pendapatan bulanan anda ialah RM3,000, maka anda perlu mengadakan Rm9,000 simpanan (Rm3,000 × 3 bulan)


Ringkasan,

1. Minimum 3 Bulan,

2. Lebih baik (kadar lebih selesa) 6 Bulan,

3. Jika mahu berhenti kerja dan mula berniaga, 1 tahun.


Apakah Tindakan Sewajarnya Mengelak Dari Inflasi ?


"Kenapa perlu membuat simpanan jika simpanan kita juga akan menjadi INFLASI ?"


Hakikat yang kita perlu terima adalah kita tetap perlu menghadapi masalah inflasi ini. Hal ini kerana, urusan dan transaksi zaman kini adalah menggunakan cash. Beli itu dan ini perlukan cash.


Dek kerana itu, pakar kewangan menyarankan untuk kukuhkan kewangan terlebih dahulu dengan mewujudkan tabung simpanan 3-6 bulan pendapatan. Setelah kewangan menjadi kukuh dengan simpanan, barulah meletakkan duit itu kepada pelaburan supaya duit kita yang selebihnya tidak menjadi mangsa inflasi.

APAKAH PELABURAN ITU ?


Pelaburan yang terbaik adalah Pelaburan Ilmu.


Bak kata guru kewangan saya, 
"Melaburlah pada tempat yang kita ada ilmu." 

Jika anda melabur pada tempat yang anda tiada ilmu, maka risiko duit anda hangus lebih cepat.


LABUR PADA ASET



Pelaburan yang disarankan pakar kewangan ialah ASET.


Ada dua pelaburan yang solid sejak dahulu sehingga kini. Bahkan penjajah yang datang ke Malaysia pun ingin mendapatkan dua aset ini iaitu
1. Emas Fizikal (Bukan Emas Maya)
2. Tanah atau Rumah


Emas adalah alat kewangan dan aset yang kalis inflasi. Emas tidak boleh dimanipulasi seperti duit kertas sehingga menyebabkan berlakunya inflasi.


Kelebihan aset emas pula, boleh dimiliki walaupun mereka yang berpendapatan rendah. Aset emas boleh dimiliki setengah gram atau satu gram. 


Manakala aset seperti tanah atau rumah pula, sesuai untuk mereka berpendapatan tinggi. Mudah kata, TINDAKAN SEWAJARNYA MENGELAK DARI INFLASI adalah dengan memiliki ASET emas dan/atau rumah.


Jika anda berpendapatan rendah, maka beli dan miliki emas dengan mengikut bajet anda. Jika anda berpendapatan tinggi, anda boleh memiliki tanah atau rumah.


Bagi anda berpendapatan rendah, anda tak perlu bersedih jika tidak memiliki rumah. Ada penyimpan emas memiliki rumah hanya dengan konsisten membeli dan menyimpan emas.



Wan Hasbullah al-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular