Semak 4 Perkara ini sebelum Beli dan Melabur Pada Syarikat Emas yang Meragukan
Permulaan saya mula membeli emas di Public Gold, saya agak keliru sistem jual beli emas di PG. Ye la kan, saya tengok dekat kedai emas mana ada jual emas dengan harga Rm100. Dah la harga Rm100 tetap pula tu walaupun harga emas naik. Tak ke pelik.
Kemudian saya bertanyakan pada pakar kewangan dan hartanah iaitu Dr. Azizul Azli.
Selepas beberapa bulan saya menjadi pelanggan dan dealer public gold, rupanya saya baru tahu yang Dr. Azizul juga adalah salah seorang daripada dealer PG juga.
Apabila saya mengetahui tentang beberapa skim bertopengkan emas ini, saya cuba fahamkan teknik dan strategi marketing mereka. Maka saya simpulkan dengan 4 perkara ini.
Jangan Tengok & Percaya Pada ! ! !
1. Orang berpengaruh dalam syarikat,
kerana sekitar tahun 2002. Ada sebuah syarikat skim cepat kaya bertopengkan emas mempergunakan Dr. Mahathir sebagai tokoh berpengaruh untuk memberi kepercayaan kepada pelabur-pelabur.
Baca juga :
Scam Emas Terbesar
Scam Emas Terbesar
2. Masuk televisyen atau surat khabar,
kerana syarikat yang sama juga menggunakan surat khabar untuk marketing. Dan ada syarikat yang lain pada tahun berbeza siap masuk astro awani lagi.
Selepas anda mendengar, boleh jadi anda pun terjatuh hati. ehem ehem. Tapi Skim ini sudah terkubur.
3. Sijil Patuh Syariah,
Kerana ada syarikat emas memperdagangkan agama dengan mempergunakan sijil patuh syariah sebagai 'pelaburan yang patuh syariah'. Padahal, sijil dan nama 'Patuh Syariah' hanyalah alat 'kepercayaan' untuk orang lain percaya dan melabur pada syarikatnya sahaja.
4. Sentimen agama dan bangsa,
kerana pada awal tahun 2013 (atau mungkin sebelum itu lagi), ada skim emas memainkan sentimen agama dan bangsa.
Guru emas saya ketika itu begitu aktif memandaikan masyarakat tentang emas sehingga beliau di pertikai kerana tidak mengutamakan agama dan bangsa sendiri (kerana guru emas saya adalah dealer Public Gold). Bahkan Tuan Afyan Mat Rawi, iaitu salah seorang yang mahir dengan kewangan dan pelaburan pun terpalit juga padahal beliau menentang kesesatan dalam pelaburan yang menyelewengkan. Akhir sekali, sentimen bangsa yang diheboh-hebohkan rupanya bangsa tikam bangsa sendiri.
KESIMPULAN & NASIHAT
Pilihlah syarikat yang mempunyai perkara nombor 1,2 dan 3 di atas dan anda perlu melihat tambahan satu ini iaitu, 'Berapa lama sesebuah syarikat itu kukuh dalam industri emas'.
Saya mengambil nasihat daripada Jack Ma, seorang usahawan Cina yang berasal dari Hangzhou, Zhejiang, China.
''Jangan sesekali menipu orang lain dalam urusan perniagaan ataupun dalam hidup. Pada tahun 1995, saya ditipu oleh empat syarikat yang kini sudah tidak wujud lagi. Syarikat yang menipu tidak boleh bertahan lama''. (Pertemuan Operator Rangkaian Shanghai, Julai 2005).
4 perkara diatas hanyalah pandangan saya sahaja, mungkin anda boleh menambahnya lagi mengikut pendapat atau mungkin juga daripada pengalaman anda sendiri ditipu. Tambahkan di ruangan ulasan dibawah agar orang yang membaca pendapat dan pengalaman anda turut mendapat manfaat dan lebih berhati-hati.



Ulasan