Rugi 12 Ribu Kerana Melabur Pada Forex
Ada seorang penyimpan emas dibawah bimbingan saya menyimpan emas setelah rugi Rm12 ribu kerana melabur pada forex.
Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama beliau membeli emas kerana beliau sudah mempunyai beberapa emas perhiasan yang diberikan kepada istrinya.
Pada dasarnya, beliau memang tidak mengetahui perbezaan diantara emas pelaburan dan barang kemas.
Sebenarnya, emas ada perbezaannya dari sudut gred, spread value/margin dan segala kos yang ada pada emas.
Walaupun dengarnya sama iaitu 'emas', tapi setiap emas yang kita beli dari mana-mana syarikat atau kedai emas, ia adalah berbeza.
Sebagai contoh, jika kita beli emas di kedai atau syarikat yang spread valuenya rendah, kita boleh menikmati keuntungan dalam tempoh 2-3 tahun. Seperti barang kemas, mungkin perlu menunggu 6-10 tahun.
PERBUALAN WASAP
Perbualan wasap dalam video ini adalah pelanggan saya yang kini menjadi penyimpan emas dibawah bimbingan saya. Beliau tahu tentang emas melalui perkongsian saya di tiktok.
Beliau mula ingin tahu tentang emas apabila jumpa perkongsian saya tentang 'jadikan emas sebagai simpanan' atau saya lebih gemar menyebutnya 'Menabung Emas'.
Dek kerana beliau tersalah langkah join 'Forex', beliau telah rugi Rm12k. Jadi, beliau ingin menjadikan emas sebagai simpanan untuk kukuhkan semula kewangannya. Katanya, ''nak cuba emas sebab untung atau rugi emas tetap ada nilai''.
Pada hemat saya dalam perbualan kami itu, walaupun beliau ingin menjadikan emas sebagai simpanan. Tapi tabiat dan kebiasaannya pada pelaburan (nak kan untung segera) terbawa-bawa.
Walau bagaimana pun, selain daripada kerugian daripada forex, beliau juga pernah rugi daripada melabur ditempat lain. Katanya ada banyak dia rugi, cuma yang lain jumlahnya kecil.
Matlamat beliau melabur seperti orang ramai iaitu nak ada duit untuk bayar hutang. Tapi dek kerana kerakusan hati, tamak bergelora di jiwa. Kerugian berlipat ganda yang beliau dapat. Sedangkan simpanan cash 3 hingga 6 bulan pendapatan pun masih belum mencukupi sebelum beliau melabur.
Teringat saya pesanan guru kewangan kami, Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Katanya,
''Jangan buang masa menghadap pelaburan sebab untung daripada perniagaan jauh lebih besar daripada pelaburan''.
Pesan pakar kewangan pula iaitu Tuan Azizi Ali,
''Kalau nak kaya, fokus 70% waktu kita untuk bina perniagaan sendiri, lagi 30% sahaja untuk pelaburan.''
Apabila pelanggan saya tadi dah faham kelebihan simpan emas, setiap bulan dia beli emas dengan konsisten tanpa miss. Hebatkan.
KESIMPULAN
Emas bukan alat kewangan paling terbaik, cuma emas mempunyai dua elemen penting iaitu Simpanan dan Pelaburan.
Dari sudut simpanan, secara asasnya emas menjadi alat kewangan untuk kukuhkan kewangan individu. Pakar-pakar dalam kewangan menyarankan untuk menjadikan kewangan kukuh adalah dengan 'Menyimpan' bukan 'Melabur'. Disamping itu juga, emas dijadikan BENTENG daripada menjadi mangsa inflasi.
Baca juga : Apa itu Inflasi dan Contohnya
Pelaburan pula, emas dalam jangka panjang harganya menaik. Pada tahun 2000, harga emas 1gram sekitar Rm35. Hari ini 1gram adalah Rm 2 ratus lebih.
Hal ini bermakna, emas boleh dijadikan pelaburan dalam jangka panjang.
Oleh itu, siapa yang membeli emas, maka dia telah mendapat dua elemen tersebut. Dengan kata lain, jika dia beli emas, dia telah menjadikan kewangannya kukuh dengan simpanan pada masa yang sama dia telah menjadikan emas sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang.
Baca juga : 2 elemen yang ada pada emas
Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas
Kongsi artikel ini :


Ulasan