WhatsApp Ikuti Info Terkini

Penyimpan Emas yang Bermatlamat

 


Penyimpan emas yang mempunyai pengetahuan, berbeza dengan penyimpan emas sekadar ikut-ikut orang.


Walaupun dengarnya sama iaitu 'beli emas', tapi cara meraih keuntungan dan memanfaatkan simpanan emasnya berbeza.


SEKADAR IKUT-IKUT ORANG


Penyimpan emas yang sekadar ikut-ikut orang, mindsetnya sekadar beli ikut orang sahaja. Tengok orang terkejar-kejar beli, dia pun mahu beli juga. Asal orang ramai-ramai buat, dia pun mahu ikut buat. 


BERPENGATAHUAN


Bagi penyimpan emas berpengetahuan, dia mempunyai matlamat dalam simpanan.


Sebagai contoh, 

Matlamat Ali mahu bersara dalam tempoh 30 tahun lagi. Jadi Ali perlu adakan simpanan emas sekurang-kurangnya 360gram simpanan emas. 


Apakah target yang Ali perlu lakukan?

Jika bajet simpanan emas Ali 1gram 1bulan, maka Ali perlu konsisten membuat simpanan 1gram 1bulan dalam tempoh 30 tahun untuk dapatkan 360gram.


Contoh yang lain pula, 

Zaid ada anak. Zaid tak mahu anaknya membuat hutang untuk tampung kos pendidikan anaknya kelak. Dia tak mahu anaknya terbeban dengan hutang ketika menjelang dewasa.


Dek kerana itu zaid mewujudkan satu tabung simpanan emas untuk pendidikan anaknya.


Jadi, zaid meletakkan matlamat 216gram sebelum anaknya masuk ke peringkat universiti.


KESIMPULAN


Konklusinya, emas tidak menjadikan seseorang itu kaya raya. Tapi emas akan menjadikan seseorang itu kaya kerana pengetahuan.


Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular