WhatsApp Ikuti Info Terkini

Pembeli Emas Ditipu : Emasnya Besar, Rupanya Palsu

 


Lalu di facebook saya dari grup 'Harga Emas Terkini'. Pembeli emas ditipu. Emasnya besar, rupanya palsu.


Bagaimana kita nak tahu emas yang kita beli tu bukan emas palsu?


Selain daripada menggunakan beberapa alat untuk kepastian ketulenan emas seperti densimeter (alat penguji ketulenan) atau guna ujian asid (menggunakan dua jenis asid). Guru emas saya ada kongsikan dalam artikel blognya cara 'Test Ketulenan Emas Dengan Lojik'.

Alat yang dinamakan densimeter

Guru emas saya memberikan 3 langkah yang boleh diambil sebelum membeli emas yang betul-betul tulen tanpa perlu guna alat penguji ketulenan.

#1 – Beli emas yang kredibiliti terbukti


Iaitu syarikat pengeluar emas yang sudah kukuh dan lama dalam pasaran industri emas.

Antara saranan guru emas saya. Kalau di Malaysia, antara jenama yang mempunyai kredibiliti ialah Public GoldKijang Emas BNM (dijual oleh Maybank), UOB Bank (menjual emas jenama antarabangsa), dan Kuwait Finance House (menjual emas fizikalnya sendiri). Ini empat jenama yang guru emas saya paling confident dan recommended untuk pelabur emas di Malaysia.

#2 – Ambil emas terus dari pejabat syarikat


Sebenarnya, kita boleh beli emas jenama apa sekalipun dari tangan individu. Individu tersebut mungkin penyimpan emas atau ejen kepada syarikat jual beli emas. Kalau nak hilangkan kerisauan tentang ketulenan, saranan guru emas saya, ambil emas itu terus dari pejabat syarikat tersebut, bukan dari tangan individu supaya lebih terjamin.

Berkata guru emas saya, 
''Individu mungkin boleh menipu, tetapi bagi syarikat yang bereputasi, terutamanya yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, ia bukan mudah. Bagi syarikat pengeluar atau “trading centre” seperti Public Gold, Maybank, UOB Bank dan Kuwait Finance House (KFH), kalau ada penipuan ketulenan walaupun hanya gold bar 1 gram, itu sudah cukup untuk melingkupkan seluruh operasi mereka. Jadi hal ketulenan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah oleh syarikat.

Public Gold sebagai contohnya, telahpun menjual lebih 4 tan emas sejak 2008. Jadi kalau setakat belian kita RM100,000 (hatta RM1 juta sekalipun), ia sangat kecil bagi Public Gold. Jadi sangat TAK LOGIK bagi syarikat besar dan bereputasi seperti Public Gold nak menipu hal ketulenan. Saya percaya, bisnes dan masa depan Public Gold LEBIH MAHAL dari itu''.

Seperti nasihat guru emas kami kepada dealer-dealer Public Gold di bawah bimbingannya menyarankan supaya dealer tidak perlu menguruskan stock atau hantar stock kepada pelanggan walaupun kita mampu. Biarkan Public Gold sahaja yang menguruskan semuanya, tugas dealer adalah 'fokus pada membimbing penyimpan emas sahaja'.





#3 – Semak sejauh mana keyakinan ar-rahnu


Sebelum tahun 2011 dulu, ar-rahnu terima semua jenis emas tak kisah apa jenama sekalipun. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tetapi sejak pertengahan 2011, ar-rahnu mula memilih-milih jenama emas yang diterima untuk pajakan. Jenama emas yang dianggap bermasalah ataupun tiada kredibiliti, mereka memang tak terima.

Atas reputasi yang baik sejak 2008, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara ar-rahnu terbesar di Malaysia) terima pajakan emas Public Gold TANPA PERLU TEST KETULENAN! Mereka terima sahaja emas berseal Public Gold tanpa perlu buka sealnya.



Jadi kalau institusi besar yang juga “gold player” berpengalaman begitu boleh yakin dengan ketulenan emas dengan jenama seperti Public Gold, kata guru emas saya, 
''Pembeli biasa seperti kita sudah cukup LOGIK untuk bergantung kepada kepercayaan Ar-Rahnu Pos kepada jenama-jenama tersebut''.

Walau bagaimana pun, Public Gold yang diberikan contoh oleh guru emas saya adalah untuk menyatakan salah satu syarikat emas yang boleh diambil contoh jika beli emas dengan menggunakan lojik tanpa alat ketulenan.


Baca Juga : Scam Emas Terbesar : Memperdagangkan Agama dan Pengaruh


Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular