Money Game Dengan Emas
![]() |
| Skim Emas Tok Belagak |
Dr. Abdél Rahmanov berkongsi artikel dalam facebooknya iaitu sebuah kisah SKIM EMAS yang menjadi sejarah ditanah air Malaysia.
Skim cepat kaya bertopengkan emas yang dibongkarkan kembali ini adalah salah satu daripada skim-skim yang bertopengkan emas.
Sebenarnya, ada lagi skim bertopengkan emas yang lain. Cuma JENAMAnya sahaja yang berbeza.
ARTIKEL DARI Dr. Abdél Rahmanov
Berikutan artikelnya seperti berikut :
Tok Belagak adalah Master scam pelaburan emas di Malaysia.
1. Saya kenal nama Tok belagak daripada blognya bernama Darul Saka. Ketika zaman itu, Facebook tidak wujud lagi. Jadi blog dan portal Forum adalah medium popular media sosial. Ketika itu dia belum buat bisnes pelaburan emas.
2. Melalui blog Darul Saka, Tok Belagak menggambarkan dirinya sebagai perawat Islam yang merawat saka. Dia kerap menghentam Ustaz Datok Dr. Haron Din dan Datok Ismail Kamus. Dia mendakwa kedua tokoh ini mempunyai jin!
3. Cukup dangkal dakwaan ini, sedangkan Datok Dr. haron Din dan Datok Ismail Kamus berjuang agar rawatan Islam dimurnikan dan bersih daripada unsur melanggar syarak.
4. Tok Belagak mempromosi jual emas delay melalui Darul emas perak berhad (DEPB). Taraf berhad pada syarikatnya menggambarkan seolah-olah ia sebuah syarikat yang kukuh dan besar.
5. Operasi emas delay Tok Belagak ialah dia menjual emas pada harga lebih rendah daripada pasaran. Namun emas itu akan diterima lambat (delay) antara 1 hingga 12 bulan. Pelabur akan mendapat hibah bulanan.Tok Belagak berjanji membeli semula emas pada harga lebih mahal sedikit daripada harga pasaran. Tawaran scam tidak pernah tidak menarik. Tagline Tok Belagak agak menarik,
" kami tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi kami janjikan kejujuran dan amanah"
6. Pada Ketika ini, Tok Belagak menggelar diri sebagai pakar manipulasi emas iaitu orang yang pakar membuat keuntungan daripada emas.
7. Skim pelaburan emas Tok Belagak mempunyai penasihat syariah, profesor madya IPTA. Saya yakin penasihat syariah ini ditipu oleh Tok Belagak.
8. Skim pelaburan emas Tok Belagak menjadi semakin popular apabila tersiarnya temuramah dia di Astro Awani yang membuatkan lebih ramai orang percaya pelaburan emas Tok Belagak.
9. Semasa temuramah, Tok Belagak sebut,
"scammer ada di mana-mana. Apa sahaja benda boleh buat duit, scammer mesti ada. Even gores dan menang pun ada scammer, benda tu ( scam) senang je hendak buat.."
Kata-kata Tok Belagak ini bagaikan menceritakan tentang dirinya sendiri.orang. Kadang-kadang orang yang gemar menipu terlupa dia sedang menipu.
10. Tok Belagak sebut dalam temuramah astro Awani itu bahawa DEPB mempunyai stok emas melebihi 3 tan (3,000 kg) dan emas perhiasan satu setengah tan (1500kg).
Angka ini agak luar biasa. Tok Belagak berkata demikian bagi membuktikan bahawa dia bukan scammer.
11. Rentetan itu, sebuah blog menulis bahawa ramai pelabur membuat pinjaman bank, personal loan, meminjam dari along, mencagar tanah, harta dan sebagainya hanya untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk dilaburkan di dalam pelaburan emas Tok Belagak.
12. Pada bulan Oktober 2014, tiba- tiba Tok Belagak mengeluarkan kenyataan bahawa skim pelaburan terpaksa dihentikan atas sebab tidak mematuhi parameter-parameter syariah. Pandai Tok Belagak menggunakan hujah agama.
13. Tok Belagak menyatakan bahawa pihak DEPB akan memulangkan pelaburan yang akan disalurkan melalui ejen-ejen (Wakalah) mereka secara berperingkat bermula dari penghujung 2014.
14. Pada ketika ini, pelabur-pelabur mula tersedar bahawa mereka telah tertipu dan mula berang, mereka menyerang laman sosial Tok Belagak, page dan group Jom Emas dah jom Emas2. Tok Belagak ketika itu memberi jaminan bahawa semua wang pelaburan mereka akan dikembalikan.
15. Ada dikalangan pelabur yang mengugut ingin membuat demonstrasi tuntut pulangan wang atau membuat laporan polis dan Bank Negara Malaysia. Namun Tok Belagak menyatakan jika mereka berbuat demikian, besar kemungkinan wang pelaburan tidak dapat dikembalikan kerana campur tangan pihak berkuasa.
Baca juga : Scam Emas Terbesar : Memperdagangkan Agama dan Pengaruh
Kongsi artikel ini :

Ulasan