Kenapa Saya Memilih Emas Public Gold ?
5 sebab saya memilih public gold, nombor 5 adalah faktor yang paling penting bagi saya,
1. Syarikat yang kukuh
Public gold ditubuhkan sejak 2008.
Saya mengambil nasihat daripada Jack Ma, seorang usahawan Cina yang berasal dari China. Kata Jack Ma,
''Jangan sesekali menipu orang lain dalam urusan perniagaan ataupun dalam hidup. Pada tahun 1995, saya ditipu oleh empat syarikat yang kini sudah tidak wujud lagi. Syarikat yang menipu tidak boleh bertahan lama''. (Pertemuan Operator Rangkaian Shanghai, Julai 2005).
![]() |
| Menara Public Gold di Kuala Lumpur |
2. Sistem jual beli emas patuh syariah
Tertutama kita sebagai muslim, hukum agama perkara paling penting yang perlu diambil berat agar harta yang kita miliki adalah berkat.
Pada saya, bukan sekadar kita tahu syarikat ada sijil patuh syariah tapi kita sendiri tahu bagaimana urusan jual beli emas yang berlandaskan syariat mengikut fatwa.
Sebab, pernah berlaku syarikat menunggang sijil patuh syariah untuk menarik pelanggan/klien.
3. Spread yang nipis
Ini saya mengambil nasihat guru emas saya. Jika mahu beli emas, cari syarikat atau kedai emas yang spread tidak melebihi 10%.
Spread yang 10% dan ke bawah, kita boleh menikmati keuntungan lebih cepat melalui kenaikan harga emas.
![]() |
| Spread Margin di Public Gold |
Baca juga :
Apa itu Spread Value?
4. Boleh beli emas dengan modal rendah.
Sebelum ni saya fikir, kalau nak beli emas mesti kena ada ribu-ribu ringgit dulu dan kebiasaannya perempuan sahaja yang beli emas sebab lelaki haram pakai emas.
Tapi apabila saya dapat tahu di Public Gold boleh beli emas dengan modal rendah, ini bermakna kita berpeluang untuk kumpul aset dengan kos rendah bagi rakyat marhaen macam kita ni.
Jadi, tak perlu tunggu ada pendapatan tinggi untuk memiliki aset. Ketika pendapatan rendah pun kita dah boleh simpan aset.
Iaitulah aset kos rendah (mampu milik) dan nilaian berharga.
5. Bimbingan Emas.
Yang terakhir ini yang paling menarik perhatian saya berbanding syarikat atau kedai emas lain.
Di tempat lain, kita tidak diajar tentang ilmu emas. Saya dimaklumkan, sejak penubuhan awal lagi, Public Gold sudah terapkan pada pelanggan untuk beli emas dengan ilmu melalui seminar-seminar offline yang dibuat di setiap cawangan-cawangan Public Gold atau melalui online di facebook atau youtube.
Boleh ikuti seminar online mingguan setiap hari rabu, pukul 9 malam bersama team G100 iaitu team dan network terbesar dalam Public Gold melalui dua platform online,
Facebook : >FB Public Gold by G100<
Youtube : >YT Public Gold by G100<
Dengan kata lain, Public Gold bukan sahaja menjual emas tapi Public Gold mendidik pelanggan membeli emas dengan ilmu. Jika ditempat lain hanya sekadar jual dan beli emas sahaja.




Ulasan