WhatsApp Ikuti Info Terkini

Kenapa Jutawan Saham Membuka Kilang Emas ?

Founder Public Gold


Inilah sebuah syarikat emas yang terbesar di Malaysia sejak tahun 2008 lagi iaitu Public Gold. Founder Public Gold tidak lain tidak bukan iaitu Dato' Wira Louis Ng.



Dikatakan guru emas saya, beliau adalah jutawan dalam pasaran saham. Guru emas saya berceritakan pengalamannya bersama Dato' Wira Louis Ng ketika sarapan di Jakarta (Hotel JW Marriot). 

Guru Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie berkolar hijau dan Dato' Wira Louis Ng kiri hujung (Founder Public Gold)


Kenapa Buka Kilang & Syarikat Emas ?


Guru emas saya bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi, “Dato sudah lebih 10 tahun berpegalaman dalam pasaran saham, kenapa Dato terfikir untuk buat bisnes emas?”


Jawapan beliau lebih kurang bermaksud, walaupun beliau berpengalaman tentang saham (bahkan beliau adalah jutawan dalam pasaran saham!), tapi untuk kebaikan banyak orang, perlu ada pelaburan yang lebih solid dan ‘selamat’ untuk semua orang. Emas adalah pelaburan selamat bagi semua orang.


Pelaburan saham juga bagus, tetapi ramai pelabur ‘terbunuh’ dalam pasaran saham. Dengan saham, pelabur boleh dapat keuntungan besar, tetapi ramai yang rugi besar, bahkan ramai juga yang jatuh lingkup dengan saham.


Kesimpulan


Walau bagaimana pun, emas boleh dijadikan 'Benteng Pertahanan' daripada pelaburan yang lain. Ketika melabur daripada mana-mana pelaburan menyebabkan seseorang itu jatuh terduduk, jika dia ada emas dalam simpanannya maka emas menjadi penyelamat dalam kewangannya.


Mudah kata, Emas boleh dijadikan 'BENTENG PERTAHANAN' dalam kewangan sesiapa sahaja.


Inilah diantara salah satu motif dan kelebihan menyimpan emas.


Ketika kewangan seseorang itu bermasalah, maka emas dapat membantu kita samada kita boleh sahaja jual emas itu atau pajak dulu.


Menariknya simpanan emas. Ia bagaikan 'Abang Sulung' dalam,
Ⅰ. kewangan, 
Ⅱ. Pelaburan dan 
Ⅲ. Perniagaan.


Apa-apa terjadi pada 'adik-adik' (kewangan, perniagaan, pelaburan), maka 'abang sulung' akan turun padang untuk membantu.


Oleh itu, sebanyak mana simpanan emas kita terkumpul sebanyak itu jugalah perumpamaan kekuatan seorang 'Abang Sulung'.


Menarikkan?


Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas 


Kongsi artikel Ini :

Ulasan

Popular