Jangan Letak Semua Telur Dalam Satu Bakul Bagi Pendapatan Rendah
Saya mendapat pertanyaan,
Soalannya, ''macam mana pendapatan rendah tapi nak melabur banyak tempat sebab ada pepatah bunyi 'jangan letak semua telur dalam satu bakul'. Apa pendapat Encik Wan''
Soalan ini adalah bagi mereka yang 'berpendapatan rendah'. Jadi, saya membahagikan jawapan ini kepada tiga.
#1. Spesifikkan dulu jangka masa bagi pelaburan.
Pakar kewangan Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali membahagikan jangka masa dalam pelaburan kepada tiga iaitu,
Ⅰ) Jangka pendek : 2 tahun ke bawah
Ⅱ) Jangka sederhana : 2-5 tahun
Ⅲ) Jangka panjang : 5 tahun dan ke atas
Jika kita dah jelas jangka masa dalam pelaburan, kita lanjut yang seterusnya.
#2. Simpanan minimum 3 bulan pendapatan
Ⅰ) Simpanan 3 bulan ini adalah dalam bentuk cash, bukan emas atau pelaburan lain.
Sebab, transaksi jual beli zaman kini menggunakan cash, bukan emas, bukan property dan sebagainya.
Nak beli emas, property atau segala pelaburan yang ada pun kena guna cash.
Ⅱ) Saranan guru kewangan saya, simpanan cash boleh letak di Tabung Haji (atau ASB). Sebab tempat simpanan ini membuatkan kita sulit untuk guna duit simpanan kita dan berbelanja pada perkara yang bukan keperluan.
Ⅲ) Sambil kita simpan di Tabung Haji (atau ASB), sambil dapatkan dividen.
Jadi, dividen tu kita boleh jadikan pelaburan jangka pendek dan sederhana.
#3. Beli & Simpan Emas
Ⅰ) Sangat sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah sebab emas adalah aset yang berharga tapi boleh memilikinya dengan kos rendah samada 1 gram atau setengah gram.
Baca juga :
Beli Emas Serendah Rm100?. Bagaimana?
Beli Emas Serendah Rm100?. Bagaimana?
Ⅱ) Pada masa yang sama, emas dapat membantu masalah, (1) Boros Berbelanja, dan (2) Simpanan Selalu Bocor.
Mudah kata, nak buat simpanan tapi SIMPANAN SELALU BOCOR sebab BOROS BERBELANJA.
kerana,
Emas : Emosi Menyimpan
Duit : Emosi Berbelanja.
Ⅲ) Jadi, emas boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka sederhana & panjang melalui kenaikan harga emas dalam tempoh 2-3 tahun ke atas.
Ⅳ) Disamping itu, emas merupakan alat pelaburan yang kalis inflasi jika negara dilanda masalah ekonomi dan politik.
Jadi, pelaburan jangka sederhana dan panjang dengan emas ini berbaloi supaya simpanan kita tidak menjadi 'mangsa inflasi'.
Keuntungan kita dapat (kenaikan harga), selamat daripada kerugian (inflasi).
KESIMPULAN
Konklusinya secara ringkas, semua telur dibahagikan kepada dua bakul bagi mereka yang berpendapatan rendah. Mereka mendapat kelebihan,
#1. Tabung Haji (atau ASB) boleh dijadikan,
(1) Dana kecemasan,
(2) Pelaburan jangka pendek & sederhana melalui dividen
#2. Emas boleh dijadikan,
(1) Selamatkan pelaburan kita daripada menjadi mangsa inflasi,
(2) Pelaburan jangka sederhana & panjang melalui kenaikan harga emas.
Baca juga :
Apa itu Inflasi dan Contohnya
Disamping mendapat kelebihan daripada instrumen ini, secara tidak sengaja kita telah meletakkan 3 jangka masa dalam pelaburan bagi yang berpendapatan rendah.
ALASAN TABUNG HAJI (ATAU ASB) DAN EMAS
Alasannya ialah,
1. Risiko tidak tinggi
2. Sesuai dengan pendapatan rendah
3. Jika berlaku masalah ekonomi kepada,
(Ⅰ) Ekonomi kita atau keluarga,
Kita ada simpanan dana kecemasan dalam Tabung Haji (atau ASB)
(Ⅱ) Ekonomi Negara,
Kita ada emas iaitu penyimpan nilai daripada menjadi mangsa inflasi
Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas
Artikel berkaitan :
Kongsi artikel ini :


Ulasan