Emas Dimanipulasi Macam Duit Kertas ?
Nak kata harga emas sentiasa naik, harga emas ada juga turun. Betul ker emas tak boleh dimanipulasi macam duit kertas?
Dalam satu seminar anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 di Hotel Istana.
![]() |
| Seminar anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 di Hotel Istana |
Ada 9 topik dibentangkan oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan emas dan perak termasuk pengeluar barang kemas, pelombong emas, analyst, spot gold trader, dan ahli World Gold Council sendiri.
KENAPA HARGA EMAS BOLEH CRASH (jatuh mendadak) PADA APRIL 2013 ?
Satu topik yang hangat dibincangkan oleh ahli panel iaitu kenapa harga emas boleh crash (jatuh mendadak) pada April 2013? Sedangkan permintaan EMAS FIZIKAL semakin meningkat, dan supply dari lombong semakin berkurangan termasuk disebabkan kos pengeluaran meningkat mendadak. Nampaknya pergerakan harga emas tak seiring dengan permintaan sebenar emas fizikal.
Ahli panel masing-masing bagi pendapat dan akhirnya mereka semua bersetuju, harga emas JANGKA PENDEK bukan digerakkan oleh permintaan sebenar emas fizikal, tapi digerakkan oleh pelaburan “paper gold” atau “emas maya”. Emas maya ni termasuklah pelaburan-pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank dan institusi kewangan yang mana emasnya memang tak wujud. Beli emas, tapi cuma dapat kertas sahaja.
Pergerakan harga emas jangka pendek yang tak stabil dipengaruhi oleh trading emas maya. Harga emas turun naik ni sebenarnya bukan ditentukan oleh emas fizikal samada berbentuk barang kemas, gold bar atau gold coin.
Kata guru emas saya,
''Situasi kewujudan 'EMAS MAYA' ni sebahagian daripada kospirasi ekonomi oleh barat supaya emas yang sepatutnya jadi 'pengukur nilai sebenar' boleh juga dimanipulasi sebagaimana duit kertas.Jadi, harga emas yang tak stabil ini boleh ‘menipu’ dunia bahawa emas bukanlah aset yang selamat untuk disimpan, sedangkan dalam statistik, negara-negara barat adalah penyimpan emas terbesar dunia''.
SIMPAN EMAS AKAN DIDENDA 10,000 DOLLAR DAN/ATAU DIPENJARA SELAMA 6 BULAN
Saya nak nyatakan satu fakta yang tercatat dalam buku 'Dinar Emas dan Dirham Perak', penulis menyatakan,
''Pada April 1933, kerajaan Amerika memperundangkan larangan menyimpan syiling emas, ketulan emas atau sijil emas yang dimiliki oleh orang ramai. Syiling emas dibatalkan sebagai wang dan tidak diizinkan penggunaannya sebagai wang yang sah.
Sekiranya ada yang tertangkap dan didapati masih menyimpan emas tersebut selepas satu tarikh yang ditetapkan, seseorang boleh didenda 10,000 dollar dan/atau dipenjara selama enam bulan.
Sebagai ganti kepada syiling dan ketulan emas, Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank), sebuah bank swasta, menawarkan wang kertas (iaitu US dollar) dengan memperuntukkan kepadanya nilai sebanyak 20 dollar bagi setiap ounce emas.
Setelah kesemua syiling dan ketulan emas di Amerika selesai ditukarkan dengan wang kertas, kerajaan Amerika seterusnya pada bulan Januari 1934 secara sesuka hati menurunkan nilai wang kertas dolar Amerika sebanyak 41%''.
Inilah diantara kospirasi dan penipuan dari barat.
Oleh itu, ramai pakar-pakar percaya, skandal manipulasi ini tak akan bertahan lama. Ia pasti terbongkar dan akhirnya, harga emas tetap akan didagangkan mengikut demand & supply-nya yang sebenar. Jadi, siapa beli emas fizikal untuk lindungi kekayaan terutamanya dari bencana kewangan, jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Yang paling penting, cuba cek dah berapa gram emas yang kita ada.
Baca juga : 5 Keistimewaan yang ada pada Emas
Wan Hasbullah
Pembimbing Penyimpan Emas
Kongsi artikel ini :




Ulasan