Belajar Tengok 'Chart' Dulu Sebelum Beli Emas ?
Saya mendapat komentar di facebook saya. Seorang hamba allah menyatakan pendapat dan pendiriannya.
Katanya,
satu je nasihat. belajar tengok chart. Jangan termakan istilah beli emas setiap bulan. Emas dalam jangka panjang insya Allah boleh naik harga..tapi ambil peluang masa jangka pendek. Dia ada naik turun. Beli emas masa harga terendah..guna peluang tu..tak yah dengar sangat istilah beli tiap-tiap bulan.
Komentar saya,
Pembeli emas ada 2 posisi,
1. Penyimpan Emas (Gold Saver)
2. Pelabur Emas (Gold Investor)
#1. Penyimpan Emas (Gold Saver)
Mind set penyimpan emas adalah fokusnya 'pertambahan GRAM' emas bukan sekadar 'bertambahnya RM'. Tidak kesah dengan turun atau naik harga emas.
Prinsipnya cuma satu, ''asalkan gram emasnya bertambah''.
DUA JENIS PENYIMPAN EMAS
Penyimpan Emas (Gold Saver) ada dua jenis,
Ⅰ. Belian setiap bulan secara konsisten untuk dijadikan forgotten saving.
Ⅱ. Beli ketika harga emas turun (bonus untuk tambah Gram emas)
- Iaitu peluang membeli aset yang 'BERHARGA dan BERNILAI' pada harga murah.
Walau bagaimana pun, average (purata) harga belian konsisten dalam jangka pendek oleh penyimpan emas adalah sama sahaja.
Baca juga : >>Penyimpan Emas Bermatlamat<<
#2. Pelabur Emas (Gold Investor)
Gold investor dipanggil trading, iaitu "beli harga rendah, jual harga tinggi" secara kerap. Beli ketika harga rendah (di paras "lantai"), simpan sementara waktu dan terus jual apabila harganya tinggi (di paras "siling"). Buat proses ini berulang ulang kali.
Strategi begini hanya sesuai untuk jenama emas yang menyediakan platform jual beli secara real-time mengikut harga emas dunia. Di Malaysia, antara syarikat yang menyediakan platform begini ialah Public Gold yang harganya disemak setiap 20 minit. Pembeli emas boleh mengambil peluang dengan pergerakan aktif harga emas.
Kata guru emas saya,
''Strategi ini nampak mudah tetapi hakikatnya beliau sendiri belum jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan trading emas fizikal ini''.
CABARAN UTAMA
Cabaran utama ialah tiada siapa tahu bilakah harga yang dianggap betul-betul rendah dan bilakah harga dianggap betul-betul tinggi. Beliau (guru emas saya) perhatikan, paling cepat untuk sesuatu pusingan beli dan jual itu akan ambil masa sekitar tiga bulan, bukan secara bulanan ataupun secara mingguan.
Sesiapa yang hendak menggunakan strategi ini perlu mahir ilmu Analisis Teknikal Harga Emas bagi mengenal pasti apa yang dikatakan 'harga siling' dan 'harga lantai'.
la bukan ilmu nujum yang boleh tahu secara tepat tentang bilakah harga paling rendah dan bilakah pula harga paling tinggi (pada sesuatu masa). Bahkan jika diperhatikan, mereka yang dianggap profesional dalam bidang ini pun selalu tersasar.
Baca juga : >>Tips Ringkas Bagi Pelabur Emas<<
KESIMPULAN
Oleh itu, sebelum menjadi pembeli emas, anda kena pastikan dahulu posisi anda.
Jika anda tidak mahu fikir, menganggu emosi atau tengok graf turun naiknya harga emas. Maka anda boleh menjadi Penyimpan Emas (Gold Saver) yang bermatlamat.
Jika anda gemar pada fikir dan tengok graf serta fokus pada buy low sell high. Maka anda boleh tetapkan posisi anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor).
Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas
Kongsi artikel ini :



Ulasan