Apa itu Spread Value dan Cara Perkiraan
![]() |
| Spread Value Emas Public Gold |
“Spread” selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Tapi kata guru emas saya, istilah “susut nilai” ia tidak tepat sebab ramai yang salah faham “susut nilai” sebagai kejatuhan nilai (depreciation).
Kata guru emas saya, ''Itu salah !''
Jadi, guru emas saya lebih suka menggunakan istilah asal daripada bahasa Inggeris iaitu “spread” atau “spread margin”.
“Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli.
“Harga Jual” maksudnya harga penjual emas menjual emas itu kepada kita.
“Harga Beli” maksudnya harga penjual emas beli semula daripada kita kalau kita nak jual balik.
Kalau di website Public Gold, sentiasa ada dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”.
Jadi, bila nak beli emas, kita kena semak “Harga Jual”.
Bila nak jual balik emas tu kepada mereka, semak “Harga Beli” di website pengeluar emas itu.
Jangan terbalik!
Untuk semak kadar spread, kita perlu kira sendiri berdasarkan harga di website pengeluar emas.
BAGAIMANA CARA KIRA SPREAD VALUE ?
Ini saya bagi contoh dan formula pengiraan daripada guru emas saya untuk gold bar 10 gram pada May 2012 dengan andaian “Harga Jual” ialah RM1,900 manakala “Harga Beli” RM1,729 sekeping
Formula ia seperti ini :-
Tapi, kalau tuan puan nak guna kalkulator yang biasa, boleh buat seperti dibawah :-
Harga Jual (Rm1,900) - Harga Beli (Rm1,729) = Rm171
![]() |
| PG Sell : Harga PG jual, PG Buy : Harga PG Beli |
Kemudian, Rm171 tadi ÷ dengan harga jual (Rm1,900) = 0.09
0.09 pula × dengan 100. Jawapan dia ialah 9%.
PERATUS SPREAD VALUE YANG TERBAIK
Pesan guru emas saya,
''Spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau lebih 10%, baik lupakan sahaja emas itu. Banyak lagi emas lain yang spreadnya di bawah 10%''.
KENAPA PERLU CARI SPREAD VALUE RENDAH ?
Kerana, lagi rendah (atau nipis) spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.
Ingat! spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung dalam pelaburan emas.
Kalau harga emas naik 15%, syarikat emas yang spreadnya bawah 10%, kita dah boleh dapat untung 5% (15% - 10%).
Tonton video 'Apa itu Spread Value dan Cara Perkiraan' :







Ulasan