WhatsApp Ikuti Info Terkini

5 Keistimewaan yang ada pada Emas


Siapa yang beli emas, dia akan dapat 5 keistimewaan ini.


5 keistimewaan ini khusus untuk emas fizikal, bukan sekadar nombor dalam akaun atau atas kertas (Emas Maya).


1. Simpanan


Siapa yang beli emas, maka dia ada magnet kepada simpanan.


Sebab tu emas boleh dijadikan UBAT kepada dua penyakit ini,

Ⅰ. Boros Berbelanja dan

Ⅱ. Simpanan Selalu Bocor.


Mudah kata, nak buat simpanan, tapi ''simpanan selalu bocor'' sebab ''boros berbelanja''. Jadi UBAT dia ialah beli dan simpan emas. Insyaa allah boleh jadi PENAWAR.


Kenapa emas?


Kerana,

Emas : Emosi Menyimpan

Duit Kertas : Emosi Berbelanja

Tabung Akaun Simpanan Emas Serendah Rm100


Baca juga : 
Bagaimana Beli Emas 999 Serendah Rm100/ /


2. Pelaburan


Asas pelaburan adalah  ROI : Return On Investment iaitu 'KEUNTUNGAN' daripada modal yang dilabur.


Jadi, emas dalam jangka panjang harganya menaik. Sekitar tahun 2000, harga 1gram Rm35. Hari ini 1 gram adalah Rm2++ (Dua Ratus Lebih).

Jadi emas dalam jangka panjang, harganya menaik. Kalau beli emas di tempat pengeluar atau syarikat atau kedai emas yang 'SPREAD' 10% ke bawah, dalam tempoh 2-3 tahun dah boleh menikmati keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Harga Emas dalam jangka panjang, konfidennya menaik


3. Insuran Kekayaan


Emas menjadi pelindung kepada kekayaan daripada menjadi mangsa INFLASI.


Inflasi adalah kekayaan yang dirompak tanpa kita sedari


Teorinya, karipap yang dibeli dengan harga Rm1 sekitar 90an boleh dapat 5 biji. Tapi tak sama dengan Rm1 yang dibeli pada hari ini. Boleh jadi Rm1 hari ini boleh dapat 2 atau 1 biji karipap sahaja.

 




Dek kerana itu emas salah satu alat kewangan yang 'kalis inflasi'.


4. Aset Mudah Cair


Emas adalah aset yang mudah cair iaitu boleh ditukarkan kepada tunai dalam tempoh kurang 1 bulan


Kalau nak duit segera, kita boleh je jual terus emas itu dimana-mana kedai emas atau pajak di mana-mana tempat pajakan.


Sebab itu emas adalah High Quality Liquid Asset iaitu emas cair berkualiti tinggi. Ia berbeza dengan aset seperti tanah atau rumah. Kata guru kewangan saya, untuk dapatkan cash daripada aset rumah atau tanah memakan masa hampir 9 bulan. Kalau emas, kita boleh dapatkan tunai dengan segera tanpa perlu menunggu lebih daripada sebulan. pergi sahaja ke kedai emas atau ar-Rahnu, kita boleh dapatkan tunai dengan segera.


5. Duit yang diterima seluruh Dunia (Duit Antarabangsa)


Kalau kita pergi musafir atau travel luar negara, kalau kita bawa emas. Kita boleh tukarkan emas itu kepada duit di tempat negara kita pergi tu.


Di facebook terlalu ramai kongsikan pengalaman jual emas diluar negara. Search je 'pergi ke luar negara bawa emas', akan keluar pengalaman masing-masing menjual emas di negara luar.

Contoh Emas Public Gold dari Malaysia dijual di Madinah


Baca juga : 
Penyimpan Emas Yang Masih Pelajar


5 Keistimewaan yang ada pada Emas




Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas



Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular