WhatsApp Ikuti Info Terkini

2 Elemen yang ada pada Emas

 

Guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie pernah menyebut,

 ''Emas mempunyai dua elemen iaitu SIMPANAN & PELABURAN''.


#1. Simpanan


1) Emas adalah penyimpan nilai daripada dirompak oleh INFLASI akibat ketidakstabilan ekonomi & politik negara.





2) Emas mempunyai emosi dan magnet MENYIMPAN berbanding duit kertas. Dek kerana itu, simpan emas boleh merawat dua masalah penting untuk kukuhkan kewangan iaitu,
Ⅰ. Masalah Boros Berbelanja dan,
Ⅱ. Masalah Simpanan Selalu Bocor.


Mudah kata, nak buat simpanan tapi SIMPANAN SELALU BOCOR sebab BOROS BERBELANJA. Jadi, penyelesaiannya ialah SIMPAN EMAS.

#2. Pelaburan


Emas juga boleh dijadikan pelaburan. Asas pelaburan adalah mahukan ROI iaitu Return On Investment.


Pada tahun sekitar 2000, harga emas 1gram adalah sekitar Rm35 sahaja. Ketika itu orang kata 1gram mahal sedangkan hari ini orang kata murah. Mungkin anda pun akan fikir benda yang sama.




Pada hari ini (2022), 1gram bersamaan Rm2 ratus lebih. Ini pun orang kata mahal. 


Berapakah 1gram di masa akan datang? 


Pasti orang akan kata harga emas 1gram ketika itu lebih murah berbanding 1gram pada hari ini. Emas sememangnya mahal selama-lamanya kerana nilainya.


Maknanya, emas untuk jangka panjang konfidennya akan naik dan meningkat. Hal ini bermakna emas juga boleh dijadikan pelaburan.


KESIMPULAN


Oleh itu, siapa yang beli dan simpan emas, bermakna dia telah mendapat dua elemen seperti dinyatakan di atas.


Dia telah menyelamatkan simpananannya daripada dirompak tanpa sedari akibat inflasi, kewangannya menjadi kukuh dek kerana simpanan dan pada masa yang sama, dalam jangka panjang dia akan menikmati keuntungan hasil simpanannya.



SIMPANLAH EMAS !





Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator-GoldSaver


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular