Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

1 Dinar : Fakta dan Teori yang Relevan

 


Tuan Azizi Ali iaitu Pakar Kewangan pernah menyebut, 
''EMAS adalah satu-satunya aset kewangan yang berdiri dengan sendiri''


Maksudnya, kekuatan EMAS terletak pada,

1. Berat dan 

2. Ketulenannya. 


Perbezaan harga emas itu salah satunya hanyalah kerana nilai duit yang merosot.


Cukuplah dengan memahami teori 1 dinar,


#1. 1dinar zaman nabi s.a.w (1400 tahun yang lalu)


1dinar pada zaman nabi s.a.w dapat beli seekor kambing.


Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.


Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”


Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Walaupun kambing ada banyak jenis, tetapi 1 dinar masih munasabah untuk ditukar dengan seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang

#2. 1dinar hari ini


Hari ini walaupun kambing tidak dijual dengan 1 dinar tapi jika harga 1 dinar ditukar kepada duit, maka nilaian harganya sama sahaja. Bahkan ada kambing yang harganya lebih murah dpd 1 dinar.


Video di bawah memberi satu penerangan. Adakah relevan 1dinar dengan seekor kambing pada hari ini?


1dinar bersamaan seekor kambing? Relevankah?


Selepas menonton video ini, saya boleh katakan. Inilah maksudnya emas tidak perlu jaminan daripada sesiapa.


Baca juga : >Orang Dulu Bela Lembu untuk Tampung Kos Pendidikan Anak<


Wan Hasbullah az-Zahabi
Pembimbing Penyimpan Emas


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular