Boleh Percaya Ke Dengan Akaun Emas GAP?
Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya:
“Simpan emas dalam Akaun Emas GAP ni tak bahaya ke?”
“Boleh percaya ke dengan Akaun GAP?”
“Kalau tiba-tiba hilang gram emas dalam akaun, macam mana?”
Soalan-soalan ini sangat bagus sebab ia menunjukkan anda berhati-hati sebelum buat keputusan kewangan.
Jadi, jom saya jelaskan dengan tenang dan jelas.
1. Tiada Akaun Emas Dilindungi PIDM
Pertama sekali, penting untuk tahu bahawa tiada mana-mana akaun emas di Malaysia yang dilindungi oleh PIDM, termasuk yang ditawarkan oleh bank sekalipun.
PIDM hanya melindungi simpanan tunai, bukan simpanan emas fizikal.
Jadi, bila kita beli emas (tak kira dari mana sekalipun), kita perlu faham bahawa emas itu adalah aset fizikal sebenar, bukan sekadar dalam akaun semata-mata.
2. Emas GAP Disimpan Selamat di Public Safe, Pulau Pinang
Untuk Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold, semua stok emas disimpan dengan selamat di Public Safe, Pulau Pinang.
Lebih meyakinkan, stok emas ini dilindungi oleh insurans, sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini, Public Gold tetap bertanggungjawab terhadap simpanan emas tersebut.
Bila anda beli emas melalui Akaun GAP, maksudnya anda amanahkan Public Gold untuk simpankan emas itu bagi pihak anda.
Anda boleh keluarkan fizikalnya bila-bila masa, dalam bentuk gold bar atau dinar.
3. Akaun GAP Sesuai Untuk Siapa?
Akaun GAP sangat sesuai untuk mereka yang:
✅ Tak selesa simpan emas di rumah sendiri.
✅ Duduk di rumah sewa atau berkongsi tempat tinggal.
✅ Masih bujang dan risau emas hilang.
Ramai pelanggan saya yang masih bujang memilih Akaun GAP sebab mereka rasa lebih selamat bila Public Gold simpankan emas mereka.
4. Kalau Tak Yakin, Simpan Sendiri Pun Boleh
Bagi siapa yang tak yakin kredibiliti Public Gold, tiada masalah. Anda boleh beli & simpan sendiri saja lebih baik.
Akaun Emas GAP cuma PILIHAN bagi siapa yang lebih yakin Public Gold simpankan untuk dia.
Ulasan