WhatsApp Ikuti Info Terkini

Asas dan Kekuatan dalam Perniagaan untuk Zero Kos




Artikel dan perkongsian ini lebih kepada apa yang saya belajar dan saya praktikkan (pengalaman peribadi).


Asas dan kekuatan dalam perniagaan untuk zero kos ada tiga,

Pertama, Jualan

Kedua, Marketing

Ketiga, Bina Team


Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas yang bayarnya ribu-ribu tapi yang diajar tentang marketing sahaja. Ye, dalam perniagaan marketing adalah salah satu elemen yang penting. Tapi, ada satu elemen yang lebih penting yang tidak diajar dalam kelas tersebut yang mana menjadikan elemen ini adalah jantung kepada sesebuah syarikat untuk terus meningkat. Iaitulah pekerjaan salesman


Jadi, saya kongsikan disini secara percuma kepada anda. Bacalah sampai habis.


#PERTAMA : JUALAN


Asas pekerjaan salesmen adalah MENJUAL / MEMBUAT JUALAN,


Menjual pula terbahagi kepada dua situasi,

Pertama : Menjual di lapangan (Jumpa prospek face to face)

Kedua : Menjual melalui atas talian (Contact Prospecting)


Walaupun pekerjaan ini seperti kerja orang bawahan namun jika tidak kerana kerja salesmen, syarikat yang besar pun boleh gulung tikar.


Dalam buku 'The Psychology of Selling', Brian Tracy ada menyatakan, " Jurujual adalah orang paling penting dalam apa jua perniagaan. Tanpa jualan, syarikat yang paling besar dan paling canggih pun boleh gulung tikar. Jualan diumpamakan sebagai 'Palam Pencucuh (Spark Plug) di dalam enjin ekonomi bebas".


Permulaan untuk membina team atau sesebuah syarikat, langkah terawal bagi individu yang mahu kembangkan perniagaannya adalah perlu belajar dan latih diri bagaimana untuk menjadi salesmen yang berjaya.


Kata guru bisnes saya, "Buat bisnes bukan tentang membina poket (buat duit), tapi tentang membina diri"


Guru bisnes saya membahagikan 4 fasa jika betul-betul serius untuk membina sebuah perniagaan,

Fasa Pertama : Fasa Membina Diri

Fasa Kedua : Fasa Membina Customer Base

Fasa Ketiga : Fasa Membina Team

Fasa Keempat : Fasa Melahirkan Leader 


Hasil langkah demi langkah ini dapat membina sebuah team atau perniagaan yang kukuh dan berjaya.


BAGAIMANA MENJADI SALESMAN BERJAYA


Kerja salesman ini saya boleh gambarkan seperti jemaah tabligh ketika melakukan rutin dakwah iaitu berjumpa setiap orang atau ketuk pintu rumah ke rumah (face to face)  untuk ajak kepada solat dan ke masjid. Walaupun di ludah, di caci, di hina. Dia tetap setia membuat kerja dakwahnya.


Begitu juga dengan pekerjaan salesman. Boleh dikatakan sama sahaja, bahkan sebijik dan tiada yang beza.


Inilah yang dimaksudkan guru bisnes saya iaitu fasa pertama ialah fasa membina diri. Walaupun di ludah, di caci, di hina, dia tetap mencari prospek. Jika fasa ini tidak tahan, maka fasa seterusnya sudah tentu tidak mampu. 


LAPANGAN ATAU ATAS TALIAN


Jika anda salesman di lapangan, anda perlu jumpa dan pitching (Promot Produk atau Servis anda) seramai mungkin prospek.


Jika anda salesman atas talian, anda perlu contact (Call atau Whatsapp) dan follow up setiap hari.


Kata guru bisnes saya, minimum 100 orang prospek dalam seminggu. Makin ramai, lebih baik. 


Bisnes hanya tentang nombor sahaja. Sifir dan matematik dalam bisnes adalah, "Semakin ramai propek yang kita cari, semakin ramai yang bakal menjadi pelanggan kita. Jika kita mahu ramai pelanggan, maka kita perlu cari lebih ramai prospek"


#KEDUA : MARKETING


Marketing sudah tentu antara elemen yang penting juga dalam perniagaan. 


Jualan dan marketing mempunyai kaitan rapat, jika tidak ia akan menjadi cacat seperti kuku dan jari, gigi dan gusi, begitulah perumpamaannya.


Marketing adalah mahu "attention"/perhatian dari orang sekeliling. Sedangkan Jualan adalah mahu orang tahu tentang kewujudan kita dalam perniagaan atau servis yang kita jalankan. 


Jualan dan marketing seperti burung yang perlu kepada sayap untuk terbang, jika tiada salah satu sayap maka tak dapatlah burung terbang dengan baik dan sempurna. Sudah tentu burung yang terbangnya satu sayap adalah burung yang cacat.


Kerja marketing ini anda perlu mengambil perhatian orang sekeliling untuk beritahu tentang bisnes anda. Jika anda buka restoran mahupun gerai burger tepi jalan, anda perlu ambil perhatian orang yang lalu di hadapan kedai anda samada anda perlu tampilkan kedai dengan cantik seperti lampu berwarna warni, lampu berklip-klip dan sebagainya.


Jika online pula, anda perlu lakukan marketing untuk tarik minat prospek bagi mengetahui tentang perniagaan anda lebih lanjut. Sebagai contohnya, jika anda menjual produk pes ikan bakar, maka anda perlu fikir bagaimana cara untuk tarik prospek untuk terliur melihat produk yang ada jual sehingga prospek serah diri mahu membuat belian.


#KETIGA : BINA TEAM


Bina team ini adalah pilihan anda. Jika anda mahu perniagaan anda lebih bekembang, maka anda perlu bina team. Jika anda mahu jadikan perniagaan anda adalah salah satu daripada pendapatan pasif, maka anda perlu juga membina team.


Cara membina team adalah anda perlu menubuhkan sesi training kepada anak buah team anda. 


Apa yang perlu di ajar ?


Iaitulah dua perkara di atas tadi. 


Jika anda belum mahir dan betul-betul pakar dua perkara di atas maka anda tidak layak bahkan anda sebenarnya tidak bersedia untuk membina team kerana dua perkara di atas adalah tentang fasa membina diri dan fasa membina customer base.


Dua perkara itulah benih dan baja yang anda mahukan. Jika anda mahukan pokok hidup subur dan kukuh maka anda perlu mencari benih dan baja yang sesuai untuk pokok yang anda mahu. Jika tidak pokok anda akan cepat mati.


Anda perlu tanam betul-betul benih dan baja dalam diri anda agar team yang anda bina menjadi team yang berkembang dengan subur dan kukuh.


Begitulah perumpamaannya.


Jika anda dapat membina team yang kukuh, maka anda boleh jadikan perniagaan anda sebagai pendapatan pasif walaupun pada awalnya anda hanya merancang perniagaan anda sebagai pendapatan sampingan sahaja.


Walau bagaimana pun, dua perkara terawal di atas hanyalah untuk mendidik mindset dan emosi individu bagi membina team dan sebuah perniagaan. 


Hakikatnya, jika anda mempunyai staf anda perlu mempelajari untuk mengurus staf di bawah anda pula.


Oleh itu, jika anda sudah mempunyai mindset yang betul dan emosi yang stabil, masa depan perniagaan anda mempunyai peluang yang lebih cerah.


Selepas itu, kerja anda semakin mudah. Anda hanya perlu menjadi pemantau, menjadi leader dan fokus kepada mendidik. Mudah kata, anda boleh memilih waktu untuk anda bekerja bukan lagi orang lain yang menentukan jadual kerja anda.

Ulasan

Popular